Followers

Wednesday, 20 March 2013

assignment oh assignment !!!



1Million Woman Purple Walk 2013 (Big Walk) di Putrajaya.


Tarikh   : 17 mac 2013
Masa      : 7.00am
Tempat : Dataran Putra(Putra Mosque ke Dataran Putrajaya(Palace of Justice)
Dirasmikan : YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak 



























buku-buku dan barang-barang beli guna BBIM 2013, harap dapat habis baca semuanya.











makan kt KFC Nilai, seremban.....





snap picture guna handset baru, sony experia TIPO... =)







Sukan Antara Fakulti (SUFA) di USIM 2013







NILAI – Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SUFA) yang berlangsung pada 16 Mac hingga 6 April 2013 ini di buka secara rasmi tirainya apabila majlis perasmian pembukaan SUFA telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah.

Kejohanan SUFA ini dianjurkan untuk menilai dan memilih atlet yang berpotensi bagi mewakili USIM ke pertandingan sukan anjuran Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT). Pada tahun 2012, Malaysia diwakili oleh atlet silat USIM dalam beberapa kategori di kejohanan Sukan Universiti Asia (AUG) yang berlangsung di Laos.
Sebagai menghargai komitmen dan satu bentuk galakan kepada pelajar yang aktif bersukan, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah yang mewakili YBhg. Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM dalam ucapannya berkata “Pihak Pengurusan Universiti akan memberi insentif kepada atlet-atlet yang cemerlang dalam bentuk pengecualian yuran seperti yuran kolej kediaman bagi atlet USIM yang berjaya mengharumkan nama universiti dan negara. Insentif-insentif lain turut menanti mereka yang cemerlang ini”

Tambahnya lagi “Saya dan Pengurusan Universiti amat berharap dan mengesyorkan pihak fakulti dan dekan khususnya, serta semua warga USIM amnya di setiap peringkat sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada mahasiswa dan mahasiswi kita untuk menceburi bidang sukan ini”.
Menurut Encik Hamran Husin, Pengarah Pusat Sukan USIM “Bagi atlet yang mengharumkan nama Universiti, insentif sukan menanti mereka adalah satu bentuk dorongan untuk mereka komited dengan bidang ini dan pada masa yang sama menarik para pelajar supaya mempunyai minat mendalam dalam bersukan. Melaluinya kita berharap agenda dan pencapaian sukan USIM akan lebih maju pada masa hadapan”.

Penganjuran SUFA pada tahun ini disertai oleh 8 buah fakulti termasuk Pusat Tamhidi dan sebanyak 14 acara sukan dipertandingkan  seperti bola sepak, bola jaring dan hoki dewan.
Para atlet SUFA bukan sahaja bertanding untuk memenangi pingat tetapi bertanding untuk merebut insentif lumayan yang bakal diberikan kepada mereka sekiranya berjaya mengharumkan nama universiti, negeri dan negara.



dan http://infosukan.usim.edu.my/




































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...