KERTAS
CADANGAN
PENGANJURAN SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN
ANJURAN SEKRETARIAT GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA TAHUN 2012
1.0
TUJUAN
Kertas
Kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Naib Canselor mengenai cadangan
menganjurkan Seminar Pengurusan Kewangan anjuran Sekretariat Gerakan Pengguna Siswa
(GPS) Universiti Sains Islam Malaysia.
2.0 LATAR
BELAKANG
2.1 Sebagai
mahasiswa, kita memerlukan wang untuk menampung segala perbelanjaan sepanjang
sesi perkuliahan. Sumber kewangan yang mereka peroleh adalah seperti pinjaman
PTPTN, MARA, dan JPA. Namun yang demikian, sebahagian daripada mahasiswa ini
perlu membayar semula pinjaman yang mereka telah perolehi.
2.2 Kesedaran tentang pengurusan dan
pembayaran hutang seharusnya diterap sejak awal usia, namun sehingga peringkat
ini, hanya segelintir mahasiswa sahaja yang peka tentang kepentingan pengurusan
dan pembayaran hutang setelah mereka tamat pengajian. Fenomena ini kerap
berlaku setelah mahasiswa mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian dan
menerima gaji yang lumayan.
2.3 Fenomena ini mencetuskan kerisauan
kerana sikap tidak ambil peduli tentang pengurusan dan pembayaran hutang
memberi kesan kepada mahasiswa bila mana mereka telah bekerja dan
mengabaikan hutang mereka.
2.4 Atas kesedaran untuk membendung fenomena
ini daripada berterusan, Sekretariat GPS mengambil langkah untuk menganjurkan
Seminar Pengurusan dan Pembayaran Hutang dengan memfokuskan mahasiswa sebagai
golongan sasar untuk menjentik kesedaran mereka tentang kepentingan menguruskan
dan pembayaran hutang sekaligus melatih mereka bagaimana cara untuk
membuat hutang yang betul setelah
berkerjaya bermula sekarang.
3.0 ULASAN
PENTADBIRAN
3.1 Objektif
3.1.1 Untuk
mencetuskan kesedaran mahasiswa tentang kepentingan pengurusan dan pembayaran
hutang.
3.1.2 Untuk
memberi pendedahan kepada mahasiswa cara-cara untuk membuat dan membayar hutang
dengan betul.
3.1.3 Untuk
memberi peluang kepada mahasiswa untuk berdialog secara terus bersama ahli
panel bagi memantapkan kefahaman tentang pengurusan dan pembayaran hutang yang
betul.
3.2 Penganjuran
Sekretariat
Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, USIM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
3.3 Bilangan
peserta dan ahli jawatankuasa
Sila
lihat LAMPIRAN A
3.4 Butiran
penganjuran
Tarikh
: 12 Oktober 2012
Hari : Jumaat
Masa : 8.00-11.00 malam
Tempat :
Dewan Kuliah Pusat 3,
Universiti Sains
Islam Malaysia
3.5 Struktur Jawatankuasa
Sila lihat LAMPIRAN B
3.6 Implikasi
Kewangan
Sila lihat LAMPIRAN C
3.7 Tentatif
Sila lihat LAMPIRAN D
Naib Canselor dengan hormatnya dimohon meneliti kertas kerja
ini dan jika dipersetujui meluluskan cadangan menganjurkan Seminar Pengurusan Kewangan anjuran
Sekretariat Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Universiti Sains Islam Malaysia.
LAMPIRAN A
SENARAI PENYERTAAN
SEMINAR
PENGURUSAN KEWANGAN
ANJURAN
SEKRETARIAT GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)
UNIVERSITI SAINS
ISLAM MALAYSIA TAHUN 2012
- Penyertaan
PESERTA
|
BILANGAN
|
1.
Jemputan
|
5 orang
|
2.
Staf
dan kakitangan USIM
|
10 orang
|
3.
Jawatankuasa
Tertinggi Sekretariat GPS USIM
|
4 orang
|
4.
Ahli
Sekretariat GPS USIM
|
26 orang
|
5.
Mahasiswa/i
USIM
|
250 orang
|
Jumlah
|
295 orang
|
LAMPIRAN B
STRUKTUR
JAWATANKUASA
SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN
ANJURAN SEKRETARIAT GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA TAHUN 2012
JAWATANKUASA EKSEKUTIF
Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda
(Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia)
PEGAWAI
Puan Zaharah Zainal Abidin
(Penolong Pendaftar Unit Kepimpinan Pelajar )
PENYELARAS
Dr. Nursilah Ahmad
Puan Norlinda Haron
Cik Safiah Sheriff
JAWATANKUASA PELAKSANASEMINAR
PENGURUSAN KEWANGAN
ANJURAN SEKRETARIAT
GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)
UNIVERSITI SAINS
ISLAM MALAYSIA TAHUN 2012
Pengarah
Siti Asmahani binti Ngadeli
Timb. Pengarah
Syarifah Fyairus binti Syed Mahadzir
Setiausaha
Hanisah binti Salleh
Jawatankuasa Kewangan
Nur Hidayah binti Awang Chik
Jawatankuasa Koordinator, Teknikal dan Fizikal
Jawatankuasa Koordinator, Teknikal dan Fizikal
Mohd Nasrul Hakim bin Roslan
Jawatankuasa Buku Cenderamata, Hadiah, Cenderamata dan
Sijil
Amalina Raiha binti Suhaimi
Jawatankuasa Pengurusan Peserta
Marliana binti Azir
Jawatankuasa Publisiti dan Media
Syarifah binti Ishak
Jawatankuasa Pengangkutan, Kebajikan dan Keselamatan
Mohd Izham Zuhairi bin Ya@Zakaria
Jawatankuasa Jamuan
Nur Atikah binti Zakaria
LAMPIRAN C
ANGGARAN
PERBELANJAAN
SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN
ANJURAN SEKRETARIAT GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA TAHUN 2012
PENDAPATAN
BIL
|
SUMBER
|
CATATAN
|
JUMLAH (RM)
|
1
|
Bahagian
Hal Ehwal Pelajar
|
||
2
|
Yuran
Penyertaan
|
||
JUMLAH
|
PERBELANJAAN
1. MAKANAN
1.1 PESERTA
BIL
|
PERKARA
|
CATATAN
|
JUMLAH (RM)
|
1
|
Makan
malam
|
250
orang x RM 3.00
|
750.00
|
JUMLAH
|
750.00
|
1.2
AHLI JAWATANKUASA
BIL
|
PERKARA
|
CATATAN
|
JUMLAH (RM)
|
1
|
Makan
malam
|
30
orang x RM 3.00
|
90.00
|
JUMLAH
|
90.00
|
1.3
JEMPUTAN
BIL
|
PERKARA
|
CATATAN
|
JUMLAH (RM)
|
1
|
Makan
malam
|
15
orang x RM 5.00
|
75.00
|
JUMLAH
|
75.00
|
2. CENDERAHATI
PROGRAM
BIL
|
PERKARA
|
CATATAN
|
JUMLAH (RM)
|
1
|
Jemputan
|
5
orang x RM 50.00
|
250.00
|
JUMLAH
|
250.00
|
3. PUBLISITI
BIL
|
PERKARA
|
CATATAN
|
JUMLAH (RM)
|
1.
|
Banner
|
1
x RM 250.00
|
250.00
|
2.
|
Buku
Cenderamata
|
265
x RM 3.00
|
795.00
|
3.
|
Iklan
|
50
x RM 0
|
0.00
|
JUMLAH
|
1,045.00
|
4. LAIN-LAIN
BIL
|
PERKARA
|
CATATAN
|
JUMLAH (RM)
|
1.
|
Air
mineral
|
15 kotak x RM 16.00
|
140.00
|
2.
|
Kit
peserta:
-
Pen
-
Beg
-
Buku
|
2
kotak x RM 10.00
250
orang x RM 3.00
250
orang x RM 5.00
|
20.00
750.00
1,250.00
|
3.
|
Lain-lain
|
500.00
|
|
JUMLAH
|
2,720.00
|
5. JUMLAH
KESELURUHAN BELANJAWAN SEPANJANG KEJOHANAN
BIL
|
PERKARA
|
CATATAN
|
JUMLAH (RM)
|
1.
|
Makanan
|
-
Makanan peserta
-
Makanan ahli jawatankuasa
-
Makanan jemputan
|
750.00
90.00
75.00
|
2.
|
Cenderamata
|
-
Cenderahati peserta
|
250.00
|
3.
|
Publisiti
|
1,045.00
|
|
4.
|
Lain-lain
|
2,720.00
|
|
JUMLAH
|
4,930.00
|
LAMPIRAN D
TENTATIF
SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN
ANJURAN SEKRETARIAT GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA TAHUN 2012
Tarikh : 12 Oktoberber 2012 (Jumaat)
Tempat : Dewan Kuliah
Pusat 3, USIM
8.00 : Kehadiran peserta & tetamu jemputan
8.15 : Tayangan video
8.30 : Ceramah
10.30 : Sesi soal jawab
11.00 : Bersurai