Tarikh:
27 APRIL 2013 (SABTU)
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Pihak
Pengurusan Fakulti Ekonomi dan Muamalat bagi membenarkan Program “Dekati
Generasiku 2013” dengan kerjasama Tadika Pintar Al-Husna, Taman Desa Anggerik,
Bandar Baru Nilai diadakan.
2.0 PENGENALAN
2.1
Program “Dekati Generasiku
2013” ini merupakan antara salah satu daripada program yang dianjurkan oleh Sekretariat
Pelajar iCEPS9 bagi mendapatkan dana untuk Konvensyen Keusahawanan Islam
(iCEPS) kali kesembilan.
2.2
Selain itu, program “Dekati
Genarasiku 2013” merupakan program susulan di atas kejayaan program “Dekati
Genarasiku 2012” yang telah di anjurkan oleh Sekretariat Lawatan Antarabangsa
Mahasiswa/i Tahun Dua Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian, Fakulti
Ekonomi dan Muamalat (FEM).
2.3
Di
samping itu, program ini adalah bertujuan untuk mencungkil kemahiran
kanak-kanak dalam menyertai segala aktiviti yang telah diatur.
3.0 MAKLUMAT MENGENAI CADANGAN
3.1
Objektif Program
a) Melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai semangat cakna
dalam diri mereka terhadap golongan kanak-kanak yang merupakan pewaris negara
di masa akan datang.
b) Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk berinteraksi dan
berkomunikasi secara lebih dekat bukan sahaja dengan kanak-kanak tetapi penjaga
mereka juga.
c) Melatih mahasiswa/i agar bersifat perihatin dan mengambil
berat dalam membantu melahirkan generasi yang bijak secara mental dan fizikal.
3.2
Anjuran
Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Pelajar Konvensyen Keusahawanan
Islam (iCEPS) kali kesembilan.
3.3 Sasaran Peserta
Kumpulan sasaran adalah dengan penyertaan seramai 30
orang peserta berusia dari 4-6 tahun yang terdiri daripada pelajar Tadika
Pintar Al-Husna dan tadika yang berhampiran.
3.3
Tarikh, Masa dan Lokasi
Tarikh : 27 April 2012 (Sabtu)
Masa :
8.00 pagi sehingga 5.00 petang
Lokasi : Tadika
Pintar Al-Husna, Taman Desa Anggerik, Bandar Baru Nilai
4.0 IMPLIKASI CADANGAN
4.1
Sumber Kewangan
Sumber kewangan bagi program ini adalah daripada yuran peserta sebanyak RM30
seorang.
4.2
Sumber Manusia
Peserta adalah terdiri daripada 30 orang kanak-kanak, 12 orang fasilitator
dan 6 orang urusetia yang terdiri daripada pelajar Kepujian Tahun Tiga sesi
2012/2013.
5.0 LAMPIRAN
5.1
Struktur Organisasi
Sila rujuk LAMPIRAN A
5.2
Tentatif Program
Sila rujuk LAMPIRAN B
5.3
Belanjawan
Sila rujuk LAMPIRAN
C
6.0 PERAKUAN
Pihak pengurusan Fakulti diminta meneliti kertas kerja
ini dan sekiranya dipersetujui: Meluluskan cadangan Program “Dekati
Genarasiku 2013” dengan kerjasama Tadika Pintar Al-Husna, Taman Desa Anggerik,
Bandar Baru Nilai.
Disediakan
oleh:
(NOR ADIBAH BT AZMI)
Setiausaha
Program “Dekati Generasiku 2013”
Konvensyen Keusahawanan Islam Kali Kesembilan 2013 (iCEPS9)
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Semakan Pertama oleh:
(DR. KHAIRIL FAIZAL BIN KHAIRI)
Timbalan Pengarah I
Konvensyen Keusahawanan Islam Kali Kesembilan 2013 (iCEPS9)
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Semakan Kedua oleh:
(DR. MUHAMMAD RIDHWAN BIN AB. AZIZ)
Timbalan Dekan
Pembangunan
Pelajar dan Pengurusan Prestasi
Fakulti Ekonomi
dan Muamalat
Diperakukan
oleh:
(DR.
ASMADDY BIN HARIS)
Dekan
Fakulti Ekonomi
dan Muamalat
LAMPIRAN A
JAWATANKUASA INDUK
Penaung
Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Asma Binti Ismail
Naib
Canselor
Universiti
Sains Islam Malaysia
Pengarah
Y. Brs. Dr. Asmaddy Bin Haris
Dekan
Fakulti Ekonomi Dan Muamalat
Timbalan Pengarah I
Y. Brs. Dr. Khairil Faizal Bin Khairi
Pensyarah Kanan
Fakulti Ekonomi Dan Muamalat
Timbalan Pengarah II
Y. Brs. Dr. Mohamad
Yazis Bin Ali Basah
Pensyarah Kanan
Fakulti Ekonomi Dan Muamalat
JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengarah Program
Nur Arfah Binti
Rahmat
Timbalan Pengarah Program
Izham Zuhairi Bin Ya
@ Zakaria
Setiausaha
Nor Adibah Binti Azmi
Bendahari
A’dilah Binti Zahari
AJK Promosi dan Publisiti
Syarifah Fyairus
Binti Syed Mahadzir
AJK Program dan Aktiviti
Nor Syazana Binti
Muhamad Dah
AJK Makanan
Siti Noor Ain Binti
Ibrahim
LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM
27 April 2013 (Sabtu)
|
|
Masa
|
Perkara
|
8.00 – 8.30 pagi
|
Pendaftaran
|
8.30 – 10.00 pagi
|
LDK 1 (Be Knowledgeable)
-
“Ice Breaking”
-
Tayangan Video
-
“1,2,3 Saya Sayang Allah”
|
10.00 – 10.30 pagi
|
Minum Pagi
|
10.30 – 12.00 tgh
|
LDK 2 (Be Creative and Adventurous)
-
“Be Your Own Designer”
-
“Fun With Mural”
-
“Let Recycle”
|
12.00 – 2.00 ptg
|
- Makan tengahari
- Rehat
- Solat Zohor Berjemaah
|
2.00 – 3.00 ptg
|
LDK 3 (Be
Clean and Clear)
-
“Let Brush Our Teeth”
|
3.00 – 4.30 ptg
|
LDK 4 (Be Delecious)
-
“A life of Sosej Maker”a
-
“Doughnut Deco”
|
4.30 – 5.00 ptg
|
- Minum Petang
- Bersurai
|
LAMPIRAN C
BELANJAWAN PROGRAM
PENDAPATAN
Bil.
|
Perkara
|
Jumlah (RM)
|
1
|
Yuran peserta (RM30 x 30 orang)
|
900.00
|
|
JUMLAH PENDAPATAN (A)
|
900.00
|
Perbelanjaan
Bil.
|
Perkara
|
Jumlah (RM)
|
1
|
Makanan dan minuman
- Minum Pagi (RM1 x 48 orang)
- Makan Tengahari (RM3 x 48 orang)
|
48.00
144.00
|
2
|
Peralatan
|
50.00
|
3
|
Promosi
|
50.00
|
|
JUMLAH PERBELANJAAN (B)
|
292.00
|
|
LEBIHAN (A-B)
|
608.00
|
No comments:
Post a Comment