Followers

Friday 9 March 2012

me and all: kawan/sahabat/teman.

 salam ukhuwah ape erti kawan dalam islam.

Persahabatan Dalam Konteks IslamDefinisi kawan dan sahabat kadangkala dianggap mengelirukan bagi sesetengah individu. Berikut adalah definisi atau maksud bagi istilah sahabat, kawan, rakan dan kenalan.Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi.Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama.Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.
“SAHABAT” tu seperti bintang yang cahayanya kian jauh kian gemerlap, keindahan cahayanya selalu dinanti oleh penjelajah kompas bumi , Terkadang redup, namun tak menghilangkan keindahan cahayanya , ia tetap ada dan setia menemani bulan dalam gelapnya alam dimalam hari. Sahabat tak pernah dimiliki seutuhnya namun tak bisa dilupakan , selama degupan jantung masih berdeyut, bahkan ia akan kekal hingga dipertemukan pada zaman yang di tentukan di alam barzah, Nan selalu ada di dalam hati yang amat dalam.
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYAKOLEKSI HADITH DAN AYAT AL-QURANBerkaitan Dengan Kawan, Persahabatan dan Persaudaraan Menurut Islam
Ayat Al Quran Mengenai Persahabatan: Sahabat Pada Hari Kiamat
(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, 

kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)
Hadis Persahabatan: Memilih Kawan"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, 
maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)


Ayat Al Quran Berkenaan Persahabatan: Orang Zalim Yang Menggigit Jari"Pada hari itu

 orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah 
baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak 
menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan 
(Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya
 terhadap manusia. (Al-Furqan: 27-29)


Hadis Persahabatan: Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi"Bersahabat dengan orang yang 

soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi 
dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi 
anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda 
mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar 
atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Jangkitan Orang Durjana"Jangan bersahabat dengan orang yang 

durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan 
rakan/sahabat yang jahat." (Al-Mustadrak ala al Sahihain)


Hadis Mengenai Persahabatan: Orang Mukmin"Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin."

 [Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Jamuan Orang Bertakwa"Janganlah memakan jamuan anda melainkan 

orang yang bertaqwa." (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Cermin"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. 

Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi 
kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Ikatan Setiakawan Kerana Allah"Ikatan iman yang paling teguh ialah 

setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." 
(Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)


Hadis Persahabatan: Memanfaatkan Kelebihan Diri Untuk Menolong Orang Yang Tidak Ada Kelebihan 

Tersebut
"Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah dia membantu memudahkan 

untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan lebih
 maka hendaklah dia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan." (Riwayat Muslim)


Hadis Persahabatan: Rasa Sayang

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Doa Untuk Sahabat

Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan:

Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. 

Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. 
Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Bermanis Muka

Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis 

apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)


Hadis Persaudaraan: Dua Muslim Berjabat Tangan

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya 

sebelum mereka berpisah” (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Sering Ziarah-Menziarahi

Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:

“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah),

 orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan
 kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Kelahiran Anak


“Semoga Allah memberkati anda dengan kelahiran anak ini. Semoga anda bersyukur terhadap 

kurniaan Allah, mudah-mudahan anda dikurniakan kebaikan setelah ianya membesar.” 
(Diriwayatkan daripada Hussein Saidina Ali)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Pulang Dari Perjalanan Jauh


“Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan anda dalam perjalanan, mempertemukan 

saya dengan anda serta telah memuliakan anda dengan perjalanan tersebut.” 
(Diriwayatkan daripada Para Leluhur Silam; Salaf)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Pulang Dari Medan Perjuangan Atau Jihad


“Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadamu kejayaan, kemuliaan dan pengorbanan.” 

(Riwayat Muslim, Nas’I daripada A’isya)


Hadis Persahabatan - Ucapan Untuk Saudara - Pulang Dari Menunaikan Haji


“Semoga Allah menerima ibadah hajimu, mengampunkan dosamu, serta menggantikan 

semula harta yang telah anda belanjakan.” (Riwayat Ibnu Sunni daripada Ibnu Umar)


Hadis Persahabatan: Memberikan Hadiah


Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; 

“Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan 
menghilangkan persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani)

Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:

“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik)


Hadis Berkenaan Persaudaraan Dalam Islam: Tujuh Hak Seorang Muslim Daripada Muslim Yang Lain.

Rasulullah s.a.w. menerangkan:

“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:

1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
5. menziarahinya ketika sakit,
6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”

(Riwayat Ibnu Babawaih)

Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, 
Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi 
kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan 
dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung
 dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam 
Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.
Secara ringkasnya…
1) Hak dalam harta
dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
 Perumpamaan dua org saudara adalah seperti dua tangan yang satu membersihkan yang lainnya…… 
H.R dailami. Hadith ini menyebutkan bahawa dalam persahabatan itu perlu ade saling bantu membantu 
dalam menunaikan tujuan yang satu.tujuan yang utama itu ialah bahawa kita sebagai sahabat perlu 
memberikan sahamnya secara bersama2 baik dalam keadaan suka dan duka ,gembira dan sengsara.
2) Hak dalam memberi pertolongan dengan tenaga dan lain-lain
salah satunya adalah hak untuk memenuhi keperluan sahabat. .Apabila seorang kawan berhajatkan 
bantuan dan kita pula mampu untuk menolongnya, bantulah dia..dengan disertai wajah yang manis,
ramah tamah, ikhlas dan air muka yang gembira untuk menunjukkan bahawa…..kita suka apabila 
sahabat kita itu meminta bantuan drp kita.
Seorang ulama pernah berkata: Perhatikanlah saudara-saudaramu itu dalam 3 persoalan iaitu
 jikalau ada yg sakit, tinjaulah dan jikalau ada yang dalam kesibukan, berikanlah pertolongan dan
 jika ada yang dalam kealphaan, maka peringatkanlah ia………Dalam hal ini Allah taala ade berfirman:
“Orang2 mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antara sesama mereka itu” ayatullah ini 
menunjukkan supaya kita saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi dengan sahabat2 kita.
3) Hak dalam lidah dan hati 
Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan berkata-kata. Berdiam diri maksudnya, sebagai seorang 
sahabat yang baik..seharusnya kita tidak boleh bercakap2 tentang keaiban sahabat..bahkan perintah 
menutup aib org lain juga..perlu dipraktikkan kepada seluruh umat manusia..Tidak menyebarkan 
keburukan sahabat baik semasa sahabat berada di depan ataupun tidak. Dan jika sahabat itu bercerita
 kepada kita tentang rahsianya, tidak wajarlah kita menceritakan kepada sahabat2 yang lain pula.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal 
salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak 
disenangi  olehnya
” H.R Hakim”
Sebaliknya pula jika ada perkara baik atau pujian sampaikanlah berita2 gembira pada sahabat itu. 
Rasulullah pernah bersabda:”Mohonlah perlindungan Allah dari pada tetangga yang jahat, apabila 
melihat kebaikan org lain ia selalu menutupinya dan apabila ia nampak keburukan, ia selalu 
menampak-nampakkannya H.R Bukhari.
Dengan berkata-kata pula,ialah saling nasihat menasihati,mengenali dengan lebih mendalam lagi 
sahabat2 dengan cara berkomunikasi. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang dari kamu semua
 mencintai saudaranya,hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya” H.R Abu Dawud,Tirmidzi dan Hakim. 
maknanya di sini..kita bagitaulah kepada sahabat kita yang kita menyukainya..agar selepas itu..sahabat
 akan lebih sayang kepada kita.
Selain itu, salah satu cara menunaikan hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling 
disukai oleh sahabat itu. Ini akan lebih menggembirakannya.
Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya
 engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan
 nama yang paling disukainya”
4) hak dalam memberi kemaafan
Memaafkan saudara adalah satu perbuatan mulia..baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja 
ataupun tidak.Jika kesalahan sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan
 ramah dan lemah lembut. Seorang ulama pernah berkata: “Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi 
maaf kepada kesalahan2 sahabat2mu”
5 )Hak dalam mendoakan
Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun matinya.Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan 
saudara2 sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu
 mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat:Kamu pun
 menerima sebagaimana doamu itu”
H.R Muslim.

KOLEKSI HADITH DAN AYAT AL-QURAN
Berkaitan Dengan Kawan, Persahabatan dan Persaudaraan Menurut Islam

Kawan, persahabatan dan persaudaraan mempunyai makna yang menjunjung prinsip kehidupan. Saya telah menyusun beberapa hadis dan ayat-ayat Al Quran berkaitan dengan persahabatan untuk dijadikan rujukan.

Ayat Al Quran Mengenai Persahabatan: Sahabat Pada Hari Kiamat
(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

Hadis Persahabatan: Memilih Kawan
"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)


Ayat Al Quran Berkenaan Persahabatan: Orang Zalim Yang Menggigit Jari
"Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. (Al-Furqan: 27-29)


Hadis Persahabatan: Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Jangkitan Orang Durjana
"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." (Al-Mustadrak ala al Sahihain)


Hadis Mengenai Persahabatan: Orang Mukmin
"Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin." [Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Jamuan Orang Bertakwa
"Janganlah memakan jamuan anda melainkan orang yang bertaqwa." (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Cermin
"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Ikatan Setiakawan Kerana Allah
"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)


Hadis Persahabatan: Memanfaatkan Kelebihan Diri Untuk Menolong Orang Yang Tidak Ada Kelebihan Tersebut
"Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah dia membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan lebih maka hendaklah dia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan." (Riwayat Muslim)


Hadis Persahabatan: Rasa Sayang
“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Doa Untuk Sahabat
Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan:

Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Bermanis Muka
Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)


Hadis Persaudaraan: Dua Muslim Berjabat Tangan
Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Sering Ziarah-Menziarahi
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:

“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Kelahiran Anak

“Semoga Allah memberkati anda dengan kelahiran anak ini. Semoga anda bersyukur terhadap kurniaan Allah, mudah-mudahan anda dikurniakan kebaikan setelah ianya membesar.” (Diriwayatkan daripada Hussein Saidina Ali)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Pulang Dari Perjalanan Jauh

“Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan anda dalam perjalanan, mempertemukan saya dengan anda serta telah memuliakan anda dengan perjalanan tersebut.” (Diriwayatkan daripada Para Leluhur Silam; Salaf)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Pulang Dari Medan Perjuangan Atau Jihad

“Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadamu kejayaan, kemuliaan dan pengorbanan.” (Riwayat Muslim, Nas’I daripada A’isya)


Hadis Persahabatan - Ucapan Untuk Saudara - Pulang Dari Menunaikan Haji

“Semoga Allah menerima ibadah hajimu, mengampunkan dosamu, serta menggantikan semula harta yang telah anda belanjakan.” (Riwayat Ibnu Sunni daripada Ibnu Umar)


Hadis Persahabatan: Memberikan Hadiah

Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani)

Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:

“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik)


Hadis Berkenaan Persaudaraan Dalam Islam: Tujuh Hak Seorang Muslim Daripada Muslim Yang Lain.
Rasulullah s.a.w. menerangkan:

“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:

   1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
   2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
   3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
   4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
   5. menziarahinya ketika sakit,
   6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
   7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”

(Riwayat Ibnu Babawaih)


Namun dalam konteks islam, persaudaraan atau persahabatan sejati, hubungan terjalin demi kebaikan mencapai redha Allah. Karena kebaikan merupakan sesuatu yang tidak pernah berubah, hubungan mereka yang diikat secara hakiki tidak akan hancur termakan dek usia, dan tak akan punah termakan zaman jua. Kasih sayang mereka berlangsung abadi, kekal sepanjang masa. Mereka saling memberi dan menerima. Saling menasihati dalam menuju kebaikan dan menguatkan sesama sendiri dalam kesabaran demi mencapai redha Allah s.wt. yakni itulah sahaja tuhan yang layak disembah dan untuk memohon pertolongan.

me and all: jumpa kembali

me and all: jumpa kembali: da jumpa pn blik.... bgus la.. bkan senang nak jumpe bila da hilang kan? tapi bila da jumpa balik rasa bahagia sangat.. sebenarnya ni bkan ...

Amalan surah-surah dalam Al-quran




Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
... ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG.

love proverbs



A collection of Love & Friendship Proverbs from around the world by Dalita Lovett
The one who loves you will also make you weep.
 Argentine proverb
 One who loves the vase loves also what is inside.
 African proverb
 Love is sometimes difficult, but death even more so.
 African proverb
 Tell me whom you love, and I'll tell you who you are.
 African-American proverb
 We always return to our first loves.
 American proverb
 All men have three ears, one on the left of his head, one on the right and one in his heart.
 Armenian proverb
 Love makes a man both blind and deaf.
 Arabian proverb
 In order to really love someone, you must love him as though he was going to die tomorrow.
 Arabian proverb
 To give happiness to another person give such a great merit; it cannot even be carried by an elephant.
 Bhutanese proverb
 Where there is love there is no darkness.
 Burundi proverb
 Love is blind so you have to feel your way.
 Brazilian proverb
 For news of the heart ask the face.
Cambodian proverb
 Do not protect yourself by a fence, but rather by your friends.
Czech proverb
 He who finds not love, love finds nothing.
Chilean proverb
 A life with love is happy; a life for love is foolish.
Chinese proverb
 Do not remove a fly from your friend's forehead with a hatchet.
Chinese proverb
 An old man in love is like a flower in winter.
Chinese proverb
 If you want happiness for an hour -- take a nap. If you want happiness for a day --go fishing. If you want happiness for a month -- get married. If you want happiness for a year -- inherit a fortune. If you want happiness for a lifetime -- help someone else.

Chinese proverb
 The road to a friend's house is never long.
 Danish proverb
 When one friend washes another, both become clean.
 Dutch proverb
 Love and let the world know, hate in silence.
 Egyptian proverb
 Love lives in cottages as well as in court.
 English proverb
 None but the brave deserve the fair.
 English proverb
 The older the fiddler the sweeter the tune
 English proverb
 When one is in love, a cliff becomes a meadow.
 Ethiopian proverb
 Try to reason about love and you will lose your reason.
French proverb
 It is overdoing the thing to die of love.
French proverb
 Love makes time pass. Time makes love pass.
French proverb
 The first love letters are written with the eyes.
French proverb
 One should not let the grass grow on friendship's road.
French proverb
 Tell me whom you frequent and I will tell you who you are.
French proverb
 The death of a friend is equivalent to the loss of a limb.
German proverb
 The heart that loves is always young.
Chinese proverb
 It is better in times of need to have a friend rather than money.
Greek proverb
 The greatest and rarest talent is to love everything good.
 Hebrew proverb
 Three things please a man; a lovely home, a lovely wife and lovely possessions.
 Hebrew proverb
Who can find a virtuous woman? For her price is far above rubies.
 Hebrew proverb
 There is no love like the first love.
 Italian proverb
 Old win and friends improve with age.
 Italian proverb
 The best-looking glass is the eyes of a friend.
 Hebrew proverb
 A man in love mistakes a harelip for a dimple.

 Japanese proverb
 Who travels for love finds a thousand miles not longer than one.
 Japanese proverb
 Love and a cough cannot be hid.
 Latin proverb
 A man is not where he lives, but where he loves.
 Latin proverb
 Sing to the one whose cart you are riding on.
 Lithuanian proverb
 There is no better mirror than an old friend.
 Mexican proverb
 Don't allow the grass to grow on the path of friendship.
 Native American proverb
 Hold a true friend with both of your hands.
 Nigerian proverb
 Married couples who love each other tell each other a thousand things withouttalking.
 Portuguese proverb
 The eyes have one language everywhere.
 Romanian proverb
 Give and take makes good friends.
 Scottish proverb
 Only your real friends will tell you your face is dirty.
 Sicilian proverb
 A man in love schemes more than a hundred lawyers.
 Spanish proverb
 Life without a friend is like death without a witness.
 Spanish proverb
 It is better to weep with wise men than to laugh with fools.
 Spanish proverb
 A life without love is like a year without summer.
 Lithuanian proverb
 It is better to weep with wise men than to laugh with fools.
 Spanish proverb
 Friendship is a furrow in the sand.
Tongan proverb
 A wise man remembers his friends at all times; a fool, only when he has need for them.
Turkish proverb
 Who seeks a faultless friend remains friendless.
Turkish proverb
 Loving a woman who scorns you is like licking honey from a thorn.
Welsh proverb
 Make new friends but don't forget the old.
Yiddish proverb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...