Followers

Sunday 28 April 2013

"DEKATI GENERASIKU 2013"...kali yang kedua

 
alhamdulillah..selesai sudah Program "DEKATI GENERASIKU 2013"...





















 
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
 

“Hijau Itu Indah”






(favorite songs) kehilangan firman =)

 

Lirik Lagu Kehilangan – Firman


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang telah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku

Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa

Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)

KERTAS KERJA PROGRAM “DEKATI GENERASIKU 2013” DENGAN KERJASAMA TADIKA PINTAR AL-HUSNA, TAMAN DESA ANGGERIK, BANDAR BARU NILAI


Tarikh:

27 APRIL 2013 (SABTU)




1.0    TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Pihak Pengurusan Fakulti Ekonomi dan Muamalat bagi membenarkan Program “Dekati Generasiku 2013” dengan kerjasama Tadika Pintar Al-Husna, Taman Desa Anggerik, Bandar Baru Nilai diadakan.



2.0   PENGENALAN

2.1                 Program “Dekati Generasiku 2013” ini merupakan antara salah satu daripada program yang dianjurkan oleh Sekretariat Pelajar iCEPS9 bagi mendapatkan dana untuk Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) kali kesembilan.

2.2                 Selain itu, program “Dekati Genarasiku 2013” merupakan program susulan di atas kejayaan program “Dekati Genarasiku 2012” yang telah di anjurkan oleh Sekretariat Lawatan Antarabangsa Mahasiswa/i Tahun Dua Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM).

2.3                    Di samping itu, program ini adalah bertujuan untuk mencungkil kemahiran kanak-kanak dalam menyertai segala aktiviti yang telah diatur.


3.0   MAKLUMAT MENGENAI CADANGAN

3.1                Objektif Program

a)   Melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai semangat cakna dalam diri mereka terhadap golongan kanak-kanak yang merupakan pewaris negara di masa akan datang.
b)    Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara lebih dekat bukan sahaja dengan kanak-kanak tetapi penjaga mereka juga.
c)     Melatih mahasiswa/i agar bersifat perihatin dan mengambil berat dalam membantu melahirkan generasi yang bijak secara mental dan fizikal.


3.2                Anjuran

Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Pelajar Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) kali kesembilan.


      3.3       Sasaran Peserta

Kumpulan sasaran adalah dengan penyertaan seramai 30 orang peserta berusia dari 4-6 tahun yang terdiri daripada pelajar Tadika Pintar Al-Husna dan tadika yang berhampiran.


3.3                Tarikh, Masa dan Lokasi

Tarikh         : 27 April 2012 (Sabtu)
Masa          : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang
Lokasi        : Tadika Pintar Al-Husna, Taman Desa Anggerik, Bandar Baru Nilai



4.0   IMPLIKASI CADANGAN

4.1                Sumber Kewangan

Sumber kewangan bagi program ini adalah daripada yuran peserta sebanyak RM30 seorang.


4.2                Sumber Manusia

Peserta adalah terdiri daripada 30 orang kanak-kanak, 12 orang fasilitator dan 6 orang urusetia yang terdiri daripada pelajar Kepujian Tahun Tiga sesi 2012/2013.


5.0   LAMPIRAN

5.1                Struktur Organisasi

Sila rujuk LAMPIRAN A


5.2                Tentatif Program

Sila rujuk LAMPIRAN B


5.3                Belanjawan

Sila rujuk LAMPIRAN C


6.0   PERAKUAN

Pihak pengurusan Fakulti diminta meneliti kertas kerja ini dan sekiranya dipersetujui: Meluluskan cadangan Program “Dekati Genarasiku 2013” dengan kerjasama Tadika Pintar Al-Husna, Taman Desa Anggerik, Bandar Baru Nilai.





Disediakan oleh:                                                      



(NOR ADIBAH BT AZMI)                                                           
Setiausaha
Program “Dekati Generasiku 2013”
Konvensyen Keusahawanan Islam Kali Kesembilan 2013 (iCEPS9)
Fakulti Ekonomi dan Muamalat



Semakan Pertama oleh:




(DR. KHAIRIL FAIZAL BIN KHAIRI)
Timbalan Pengarah I
Konvensyen Keusahawanan Islam Kali Kesembilan 2013 (iCEPS9)
Fakulti Ekonomi dan Muamalat



Semakan Kedua oleh:




(DR. MUHAMMAD RIDHWAN BIN AB. AZIZ)
Timbalan Dekan
Pembangunan Pelajar dan Pengurusan Prestasi
Fakulti Ekonomi dan Muamalat


                                                                                   
Diperakukan oleh:




(DR. ASMADDY BIN HARIS)
Dekan
Fakulti Ekonomi dan Muamalat





 LAMPIRAN A


JAWATANKUASA INDUK

Penaung
Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Asma Binti Ismail
Naib Canselor
Universiti Sains Islam Malaysia

Pengarah
Y. Brs. Dr. Asmaddy Bin Haris
Dekan
Fakulti Ekonomi Dan Muamalat

Timbalan Pengarah I
Y. Brs. Dr. Khairil Faizal Bin Khairi
Pensyarah Kanan
Fakulti Ekonomi Dan Muamalat

Timbalan Pengarah II
Y. Brs. Dr. Mohamad Yazis Bin Ali Basah
Pensyarah Kanan
Fakulti Ekonomi Dan Muamalat





JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengarah Program

Nur Arfah Binti Rahmat


Timbalan Pengarah Program

Izham Zuhairi Bin Ya @ Zakaria


Setiausaha

Nor Adibah Binti Azmi


Bendahari

A’dilah Binti Zahari


AJK Promosi dan Publisiti

Syarifah Fyairus Binti Syed Mahadzir


AJK Program dan Aktiviti

Nor Syazana Binti Muhamad Dah

AJK Makanan

Siti Noor Ain Binti Ibrahim



 LAMPIRAN B


TENTATIF PROGRAM

27 April 2013 (Sabtu)
Masa
Perkara
8.00 – 8.30 pagi
Pendaftaran
8.30 – 10.00 pagi
LDK 1 (Be Knowledgeable)
-       “Ice Breaking”
-       Tayangan Video
-       “1,2,3 Saya Sayang Allah”

10.00 – 10.30 pagi
Minum Pagi
10.30 – 12.00 tgh
LDK 2 (Be Creative and Adventurous)
-       “Be Your Own Designer”
-       “Fun With Mural”
-       “Let Recycle”

12.00 – 2.00 ptg
- Makan tengahari
- Rehat
- Solat Zohor Berjemaah
2.00 – 3.00 ptg
LDK 3 (Be Clean and Clear)
-       “Let Brush Our Teeth”

3.00 – 4.30 ptg

LDK 4 (Be Delecious)
-       “A life of Sosej Maker”a
-       “Doughnut Deco”

4.30 – 5.00 ptg
- Minum Petang
- Bersurai





 LAMPIRAN C

BELANJAWAN PROGRAM

PENDAPATAN
Bil.
Perkara
Jumlah (RM)
1
Yuran peserta (RM30 x 30 orang)

900.00

JUMLAH PENDAPATAN (A)
900.00


Perbelanjaan
Bil.
Perkara
Jumlah (RM)
1
Makanan dan minuman
- Minum Pagi (RM1 x 48 orang)
- Makan Tengahari (RM3 x 48 orang)

48.00
144.00
2
Peralatan
50.00
3
Promosi
50.00

JUMLAH PERBELANJAAN (B)
292.00

LEBIHAN (A-B)
608.00


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...