Followers

Friday 31 May 2013

Contoh Kertas Kerja Ceramah Usim, Nilai



KERTAS CADANGAN
PENGANJURAN SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN
ANJURAN SEKRETARIAT GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA TAHUN 2012   


1.0          TUJUAN

Kertas Kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Naib Canselor mengenai cadangan menganjurkan Seminar Pengurusan Kewangan anjuran Sekretariat Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Universiti Sains Islam Malaysia.

2.0        LATAR BELAKANG

2.1        Sebagai mahasiswa, kita memerlukan wang untuk menampung segala perbelanjaan sepanjang sesi perkuliahan. Sumber kewangan yang mereka peroleh adalah seperti pinjaman PTPTN, MARA, dan JPA. Namun yang demikian, sebahagian daripada mahasiswa ini perlu membayar semula pinjaman yang mereka telah perolehi.

2.2        Kesedaran tentang pengurusan dan pembayaran hutang seharusnya diterap sejak awal usia, namun sehingga peringkat ini, hanya segelintir mahasiswa sahaja yang peka tentang kepentingan pengurusan dan pembayaran hutang setelah mereka tamat pengajian. Fenomena ini kerap berlaku setelah mahasiswa mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian dan menerima gaji yang lumayan.

2.3        Fenomena ini mencetuskan kerisauan kerana sikap tidak ambil peduli tentang pengurusan dan pembayaran hutang memberi kesan kepada mahasiswa bila mana mereka telah bekerja dan mengabaikan  hutang mereka.

2.4        Atas kesedaran untuk membendung fenomena ini daripada berterusan, Sekretariat GPS mengambil langkah untuk menganjurkan Seminar Pengurusan dan Pembayaran Hutang dengan memfokuskan mahasiswa sebagai golongan sasar untuk menjentik kesedaran mereka tentang kepentingan menguruskan dan pembayaran hutang sekaligus melatih mereka bagaimana cara untuk membuat  hutang yang betul setelah berkerjaya bermula sekarang.

3.0        ULASAN PENTADBIRAN
3.1        Objektif
3.1.1     Untuk mencetuskan kesedaran mahasiswa tentang kepentingan pengurusan dan pembayaran hutang.

3.1.2     Untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa cara-cara untuk membuat dan membayar hutang dengan betul.

3.1.3     Untuk memberi peluang kepada mahasiswa untuk berdialog secara terus bersama ahli panel bagi memantapkan kefahaman tentang pengurusan dan pembayaran hutang yang betul.

3.2        Penganjuran
Sekretariat Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, USIM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

3.3        Bilangan peserta dan ahli jawatankuasa
Sila lihat LAMPIRAN A

3.4        Butiran penganjuran
Tarikh   : 12 Oktober 2012
Hari       : Jumaat
Masa     : 8.00-11.00 malam
                        Tempat : Dewan Kuliah Pusat 3,
   Universiti Sains Islam Malaysia

3.5        Struktur Jawatankuasa
            Sila lihat LAMPIRAN B
 
3.6        Implikasi Kewangan
                        Sila lihat LAMPIRAN C

3.7        Tentatif
                        Sila lihat LAMPIRAN D

4.0        PERAKUAN
Naib Canselor dengan hormatnya dimohon meneliti kertas kerja ini dan jika dipersetujui meluluskan cadangan menganjurkan Seminar Pengurusan Kewangan anjuran Sekretariat Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Universiti Sains Islam Malaysia.



LAMPIRAN A


SENARAI PENYERTAAN

SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN
ANJURAN SEKRETARIAT GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA TAHUN 2012


  1. Penyertaan

PESERTA
BILANGAN
1.     Jemputan
5 orang
2.     Staf dan kakitangan USIM
   10 orang
3.     Jawatankuasa Tertinggi Sekretariat GPS USIM
4 orang
4.     Ahli Sekretariat GPS USIM
26  orang
5.     Mahasiswa/i USIM
250 orang
Jumlah
295 orang
   




LAMPIRAN B

STRUKTUR JAWATANKUASA
SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN
ANJURAN SEKRETARIAT GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA TAHUN 2012

JAWATANKUASA EKSEKUTIF


PENASIHAT
Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda
(Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia)

PEGAWAI
Puan Zaharah Zainal Abidin
(Penolong Pendaftar Unit Kepimpinan Pelajar )

PENYELARAS
Dr. Nursilah Ahmad
Puan Norlinda Haron
Cik Safiah Sheriff




JAWATANKUASA PELAKSANASEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN

ANJURAN SEKRETARIAT GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA TAHUN 2012
                            
        Pengarah                      

Siti Asmahani binti Ngadeli

   Timb. Pengarah
Syarifah Fyairus binti Syed Mahadzir

  Setiausaha
Hanisah binti Salleh

 Jawatankuasa Kewangan
Nur Hidayah binti Awang Chik

 Jawatankuasa Koordinator, Teknikal dan Fizikal
Mohd Nasrul Hakim bin Roslan


Jawatankuasa Buku Cenderamata, Hadiah, Cenderamata dan Sijil
Amalina Raiha binti Suhaimi

Jawatankuasa Pengurusan Peserta
Marliana binti Azir

Jawatankuasa Publisiti dan Media
Syarifah binti Ishak

Jawatankuasa Pengangkutan, Kebajikan dan Keselamatan
Mohd Izham Zuhairi bin Ya@Zakaria

Jawatankuasa Jamuan
Nur Atikah binti Zakaria

    



LAMPIRAN C


ANGGARAN PERBELANJAAN
SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN
ANJURAN SEKRETARIAT GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA TAHUN 2012

PENDAPATAN
BIL
SUMBER
CATATAN
JUMLAH (RM)

1

Bahagian Hal Ehwal Pelajar





2

Yuran Penyertaan




JUMLAH



PERBELANJAAN

1.     MAKANAN
1.1  PESERTA
BIL
PERKARA
CATATAN
JUMLAH (RM)

1

Makan malam

250 orang x RM 3.00

 750.00


JUMLAH
 750.00

1.2  AHLI JAWATANKUASA
BIL
PERKARA
CATATAN
JUMLAH (RM)

1

Makan malam


30 orang x RM 3.00

90.00


JUMLAH
90.00

1.3  JEMPUTAN
BIL
PERKARA
CATATAN
JUMLAH (RM)

1

Makan malam



15 orang  x RM 5.00

75.00
JUMLAH
75.00


2.     CENDERAHATI PROGRAM

BIL
PERKARA
CATATAN
JUMLAH (RM)

1

Jemputan

5 orang x RM 50.00


250.00

JUMLAH
250.00



3.     PUBLISITI
BIL
PERKARA
CATATAN
JUMLAH (RM)
1.
Banner
1 x RM 250.00
250.00
2.
Buku Cenderamata
265 x RM 3.00
795.00
3.
Iklan
50 x RM 0
0.00
JUMLAH
1,045.00

4.     LAIN-LAIN
BIL
PERKARA
CATATAN
JUMLAH (RM)
1.
Air mineral
 15 kotak x RM 16.00
140.00
2.
Kit peserta:
- Pen
- Beg
- Buku

2 kotak x RM 10.00
250 orang x RM 3.00
250 orang x RM 5.00

20.00
750.00
1,250.00
3.
Lain-lain

500.00
JUMLAH
2,720.00


5.     JUMLAH KESELURUHAN BELANJAWAN SEPANJANG KEJOHANAN
BIL
PERKARA
CATATAN
JUMLAH (RM)
1.
Makanan
- Makanan peserta
- Makanan ahli jawatankuasa
- Makanan jemputan
750.00
90.00
75.00
2.
Cenderamata
- Cenderahati peserta
250.00
3.
Publisiti

1,045.00
4.
Lain-lain

2,720.00
JUMLAH
4,930.00





LAMPIRAN D
TENTATIF
SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN
ANJURAN SEKRETARIAT GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA TAHUN 2012

 
Tarikh             : 12 Oktoberber 2012 (Jumaat)
Tempat             : Dewan Kuliah Pusat 3, USIM


8.00      : Kehadiran peserta & tetamu jemputan

8.15      : Tayangan video

8.30      : Ceramah

10.30    : Sesi soal jawab

11.00    : Bersurai










13 comments:

  1. bru nak copy :D

    ReplyDelete
  2. author, nnti ajarla mcm mana nak buat blog ada gerakan2 ni, menarik betul.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...