Followers

Sunday 28 April 2013

LAPORAN SUKAN TAHUNAN 2013 TADIKA PINTAR AL-HUSNA DAN TADIKA ILMU AMAL.








LAPORAN
SUKAN TAHUNAN 2013 TADIKA PINTAR AL-HUSNA DAN TADIKA ILMU AMAL.

TARIKH DAN MASA:
14 APRIL 2013
7.30 – 11.30 PAGI

TEMPAT:
PADANG AWAM KUARTERS KLIA, NILAI

ANJURAN:
TADIKA PINTAR AL-HUSNA DAN TADIKA ILMU AMAL,
PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN TIGA BAHAGIAN UNIT MAKANAN
SEKRETARIAT KONVENSYEN KEUSAHAWANAN ISLAM KALI KE-9 (ICEPS 9)
MAHASISWA / I TAHUN 3
                             FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT                          
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


1.0        PENGENALAN

1.1  Sukan Tahunan 2013 Tadika Pintar Al-Husna ini dianjurkan oleh Tadika Pintar Al-Husna melibatkan Penglibatan Pelajar Tahun Tiga Bahagian Unit Makanan Sekretariat Konvensyen Keusahawanan Islam Kali Ke-9 (Iceps 9) Mahasiswa / I Tahun 3, Universiti Sains Islam Malaysia. Program ini merupakan salah satu program yang dijalankan bagi menjana kewangan “Konvensyen Keusahawanan Islam Kesembilan 2013 (iCEPS9 2013) Fakulti Ekonomi dan Muamalat”.

2.0       LATAR BELAKANG
2.1       Tarikh, tempat dan masa dilaksanakan

Tarikh              : 14 April 2013
Tempat            : Padang Awam Kuarters Klia, Nilai
Masa               : 7.30 – 11.30 pagi

2.2        Penyertaan
2.2.1      Bilangan pelajar yang hadir:
Bilangan peserta kanak-kanak yang hadir adalah seramai 60 orang dari Tadika Pintar Al-Husna dan Tadika Ilmu Amal.

2.2.2  Urusetia program yang terlibat adalah seramai 10 orang dari pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

2.2.3    Program ini diadakan di Padang Awam Kuarters Klia, Nilai selama 1   hari pada 14 April 2013.

2.2.4  Program ini melibatkan semua ibubapa pelajar kanak-kanak tadika, urusetia pelajar-pelajar usim, pelajar-pelajar dan guru-guru Tadika Pintar Al-Husna dan pelajar-pelajar dan guru-guru Tadika Ilmu Amal.

2.3  Objektif Program

2.3.1  Matlamat program ini diadakan adalah untuk  menambahkan dana “Konvensyen Keusahawanan Islam Kesembilan 2013 (iCEPS9 2013) Fakulti Ekonomi dan Muamalat” dan sekaligus memperbaiki serta memantapkan kemahiran untuk merapatkan hubungan mahasiswa/I dengan mendekati di kalangan masyarakat dan kanak-kanak.

2.3.2   Program yang diambil pada kali ini lebih memfokuskan kepada acara sukaneka oleh kanak-kanak dari tadika tersebut dengan penglibatan urusetia usim untuk memeriahkan lagi program sukeneka bersama guru-guru dan ibubapa pelajar tadika.

2.4     Kaedah Perlaksanaan

2.4.1      Program Sukan Tahunan 2013 Tadika Pintar Al-Husna Dan Tadika Ilmu Amal dilaksanakan berdasarkan tentatif program yang dirancang dimana program dimulakan dengan ucapan alu-aluan perbarisan, nyanyian lagu negaraku dan diikuti dengan bacaan doa. Seterusnya, disambung lagi dengan senaman regangan iaitu chicken dance. Selepas itu, bermulalah acara sukaneka kanak-acara kanak-kanak tadika, acara terbuka dan acara ibubapa. Akhirnya, penyampaian hadiah dan penutup.

3.0       HURAIAN PENILAIAN

Sukan Tahunan 2013 Tadika Pintar Al-Husna Dan Tadika Ilmu Amal berjalan dengan lancar. Kerjasama yang baik dari semua ibubapa pelajar kanak-kanak tadika, urusetia pelajar-pelajar usim, pelajar-pelajar dan guru-guru Tadika Pintar Al-Husna dan pelajar-pelajar dan guru-guru Tadika Ilmu Amal dapat memeriahkan lagi suasana acara sukaneka bersama kanak-kanak tadika. Sukan tahunan berlangsung ianya mendapat sambutan daripada ibubapa kanak-kanak untuk menyertai acara terbuka ibubapa. Pada awalnya, semua ahli urusetia USIM berasa kurang berkeyakinan untuk melaksanakan program ini berikutan program ini melibatkan kanak-kanak, guru-guru dan ibubapa pelajar. Namun dengan kerjasama yang baik antara ahli urusetia USIM kanak-kanak, guru-guru dan ibubapa pelajar maka program sukaneka ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.


4.0       PENCAPAIAN AKTIVITI
Semua ibubapa yang hadir, kanak-kanak tadika dan guru-guru tadika memberi maklumbalas dan komitmen yang baik sepanjang sukaneka ini berlangsung. Sehubungan itu, tanpa diduga Tadika Pintar Al-Husna telah memberi Hamper Makanan untuk urusetia USIM. Di samping itu, dengan berlangsungnya sukaneka ini dapat mengeratkan hubungan dan sekaligus memperbaiki serta memantapkan kemahiran untuk merapatkan hubungan mahasiswa/I dengan mendekati di kalangan masyarakat dan kanak-kanak.

5.0          MASALAH YANG DIHADAPI

5.1 Masalah kanak-kanak tadika susah untuk diawasi kerana mereka ramai dan       perhatian daripada ibubapa juga amat diperlukan kerana sukaneka ini berlangsung di tempat umum iaitu padang awam Kuarters KLIA, Nilai

5.2  Masalah acara yang memerlukan khidmat urusetia pada masa aktiviti dijalankan   hendaklah guru-guru tadika memberitahu terlebih awal.

5.3  Masalah kehadiran ibubapa yang tidak ramai walaupun acara sukaneka bermula  pada hari ahad.


5.4 Urusetia USIM lambat sarapan dan mereka sepatutnya memerlukan tenaga ketika acara sukaneka berlangsung.

5.5  Masalah dari segi pengangkutan mengenai ketiadaan pengangkutan sendiri daripada pelajar USIM untuk pergi program ini dan memerlukan insentif lain untuk bersama-bersama menghadiri program sukaneka sebagai urusetia program ini.

6.0       CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

6.1        Memaklumkan program dengan lebih awal kepada urusetia mahasiswa/i USIM.
6.2        Memastikan tentatif mengenai program dibuat lebih awal dan lebih meluas dengan cara yang lebih menarik.
6.3        Memastikan dan membuat kepastian dengan lebih kerap apabila berurusan dengan pihak guru-guru tadika yang terlibat
6.4        Memastikan aturcara program disusun dengan lebih teliti dan teratur.
6.5       Komunikasi urusetia USIM bersama kanak-kanak adalah baik dan tiada unsur-unsur yang negatif.
6.6     Memastikan agar pengurusan dari segi mengawal situasi semasa tadika     lebih teratur bagi melancarkan perjalanan program.
6.7     Mencadangkan supaya pihak daripada USIM dapat menyediakan         pengangkutan untuk urusetia pelajar USIM.

7.0      LAPORAN KEWANGAN

Kami telah menerima sumbangan daripada Tadika Pintar Al-Husna sebanyak Rm300 dan kami ingin menggunakan duit tersebut untuk program Dekati Generasiku 2 ”DG 2” yang akan berlangsung 27 April 2013. Duit tersebut untuk membeli barang-barang kegunaan semasa program ”DG 2” nanti.

                                                                                                           
8.0       PENUTUP
Program Sukan Tahunan 2013 Tadika Pintar Al-Husna Dan Tadika Ilmu Amal ini berjalan lancar dengan kerjasama dan komitmen semua pihak. Ribuan terima kasih di ucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Disediakan Oleh:                                                 Disemak Oleh:


Syarifah Fyairus Binti Syed Mahadzir               NurAlwani Dalila binti Yunos
Setiausaha Kumpulan 3                                        Ketua Bahagian Unit Makanan
Bahagian Unit Makanan (Iceps 9)                         (Iceps 9)                       
Mahasiswa / I Tahun 3                                            Mahasiswa / I Tahun 3
Fakulti Ekonomi Dan Muamalat                             Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia                          Universiti Sains Islam Malaysia








LAMPIRAN
Berikut Adalah Senarai Nama-Nama Urusetia Yang Terlibat:
1.    Siti Norain Abu Kassim
2.    Siti Mariani Mohamad
3.    Norsyazana Muhamad Dah
4.    A’dilah Zahari
5.    Nur Arfah Rahmat
6.    Siti Noor Ain Ibrahim
7.    Nur Farhana Zahari
8.    Wan Athirah Mahyuddin
9.    Syarifah Fyairus Binti Syed Mahadzir
1.  Izham Zuhairi Bin Ya@Zakaria

Gambar-Gambar Yang Diambil Semasa Program Sukaneka Berlangsung:











18 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...