Followers

Thursday 29 November 2012

kawan karibku meninggalkan zaman bujangnya.... her wedding photos


kawanku Masyitah Nur Jannah sudah menikah... bila la saya pula akan menyusul ikut jejak dia pula? huhu.... Dalam entry ni, saya ingin mengingatkan bahawa

Perkahwinan Yang Berkat Lebih Baik dari Kekal Sepanjang Hayat

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,
“Semoga berbahagia dan ramai anak.”
Mendengar yang demikian Aqil berkata,
“Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”
Mereka lalu bertanya,
“Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”
Aqil menjawab,
barakah2.jpg
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya,
“Apakah ini?”
Abdul Rahman r.a. menjawab,
“Saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”
Rasulullah s.a.w. bersabda,
barakah1.jpg
(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,
barakah3.jpg
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan
“Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”
































renungan....
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
(Al-Nur 24 :26)
marilah! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud;
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)

Ingatlah!
Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.


                maka,  Inilah Cinta Dalam Islam.

1 comment:

  1. thanks kawan.... this is my big day.. i loike... doakan kami semoga bahagia hingga ke syurga... amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...