Followers

Saturday 2 March 2013

Bila Kita Ada Hasad Dengki..........beginila jadinya

Hasad Ibarat Pencukur,
Kerana Ia Mencukur Segala Kebaikan,
Sama Ada Kebaikan Yang Telah Yang Telah Dilakukan Atau Kebaikan Yang Akan Dilakukan.....

Jealousy Is Like A Shaver, It Shaves All The Good Deeds, Either The Goodness That We're Done Or The Goodness That Shall Be Done....



Orang yang berhasad dengki hakikatnya melawan takdir dan keputusan Allah s.w.t. Dia secara tidak langsung telah mempertikaikan kebijaksanaan, keadilan dan kasih sayang Allah dalam menitipkan nikmat kepada hamba-Nya. Seolah-olah dia merasakan lebih bijak dan lebih adil dalam memberi serta menentukan nikmat kepada manusia.

Sikap ini sangat dimurkai Allah dan berdosa kerana membenci takdir Allah samalah seperti membenci-Nya. Dalam hadis qudsi, Allah berfirman yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak reda terhadap takdir yang telah berlaku dan tidak sabar terhadap cubaan daripada-Ku, maka carilah Tuhan selain aku." (Riwayat Tabrani).

Tegasnya, hasad akan merosakkan aqidah seseorang. Ini sangat berbahaya.

~:: cerita nie boleh kita ambil sebagai panduan untuk kita jangan berhasad dengki dengan kawan kita sendiri. setiap orang ada kelebihan masing-masing. walaupun sekarang kamu x berjaya, kamu masih ada peluang untuk perbaiki diri kamu sendiri.. banyak kn berdoa dan berusahalah bersungguh... ::~

:) Practice makes perfect! Good luck :D

1 comment:

  1. Hasad dengki adakah antara penyakit-penyakit hati kan... nauzubilah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...