Followers

Thursday 11 April 2013

PHOTOGRAPHY TUTORIAL - belajar cara snap gambar

info : http://hdrtutorial.sumasu.com/bracket/canon.php

MOMOC HDR PHOTOGRAPHY TUTORIAL – HTTP://MOMOC.SUMASU.COM
HDR Photography adalah gabungan tiga gambar sama berlainan exposure. Oleh itu kita perlu tahu cara-cara untuk setting camera kita untuk shoot photo berlainan exposure atau lebih dikenali dengan teknik bracketing. Di bawah adalah gambar contoh gambar berlainan exposure yang saya guna di dalam tutorial ini. -2 exp, 0 exp, +2 exp.

Di bawah adalah setting yang perlu untuk shoot gambar HDR yang baik.
  1. Format photo perlu di dalam format RAW bukan Jpeg.
  2. Gunakan Aperture Priority dan set aperture kepada F22.
  3. Setkan kamera dalam mode AEB – Auto Exposure Bracketing.
  4. Semua model Canon DSLR mempunyai mode shoot AEB
  5. Tidak semua Nikon mempunyai setting AEB – bracketing. Klik pada link ini untuk lihat senarai model yang mempunyai setting BRACKETING.http://www.hdr-photography.com/aeb.html ( Kadang-kadang link ni tak jalan, kalau tak jalan check lain kali. Page tu ader senarai list DSLR yang ader AEB ikut model))
Untuk pengguna kamera Canon
  • Didalam tutorial ini saya menggunakan Canon 400D sebagai panduan untuk setting bracketing. Cara di bawah mungkin sedikit berlainan mengikut model Canon lain.
Cara-cara untuk set format photo yang di shoot kepada RAW.
( Didalam tutorial ini saya menggunakan Canon 400D sebagai panduan untuk setting bracketing. )
  1. On kamera anda, takkan on kamera pun tak tahu kan..hehehe.. jangan marah nanti kena jual.
  2.  Tekan button Menu cari sub menu QUALITY , kemudian button SET untuk pilih.
  3. Akan keluar senarai menu format gambar, cari pilihan RAW, setelah pilih jangan lupa tekan SET.
  4. Anda akan lihat menu tadi di QUALITY telah bertukar pada RAW.


Cara-cara untuk set kamera kepada mode AEB – Bracketing.
  1. Daripada menu AEB tadi, tekan pada button JUMP untuk ke MENU TAB  kedua. Dan cari pilihan yang tertera perkataan AEB atau Bracket.
  2. Kemudian Tekan button SET untuk pilih.
  3. Akan keluar tanda hijau pada skala AEB seperti gamabr di bawah. Ia menunjukkan skala aeb kita papda exposure 0.
  4. Tekan pada butang kiri seperti gambar di bawah – arrow kuning. Tekan sehingga pergerakan tanda hijau itu bergerak ke tanda skala +2 dan positif -2 seperti di bawah. Dan jangan lupa tekan button SET selepas itu.
  5. Sekarang apabila anda kembali ke screen asal, akan terdapat tanda 3 bar hitam yang menandakan anda berada dalam mode AEB. Dah boleh shoot?..belum lagi hehe. Sila sambung ke bawah untuk set APERTURE.


Cara-cara untuk set mode kepada APERTURE PRIORITY.
  1. Pusing mode dialer anda kepada perkataan yang tertera Av.
  2. Kemudian roll dialer yang di tunjukkan arrow hijau di bawah. Lihat pada screen anda perkataan F dan no aperture anda. Roll dialer tu sampai no F itu bertukar kepada F22 seperti gambar di bawah.
  3. Dah boleh shoot?? Belum lagi..ahhahaha. Sambung di bawah untuk set TIMER.


Cara-cara untuk set TIMER pada kamera.
  1. Cari button yang mempunyai symbol seperti yang di tunjukkan arrow hijau di bawah (gambar kiri).
  2. Dan pilih symbol timer di bawah, skrin akan tertera perkataan self-timer.
  3. Kita menggunakan timer untuk mengurangkan gegaran pada kamera apabila tekan dan lepas shutter.

  1. Dah boleh shoot dah..:). Letak kamera atas tripod. Mesti guna tripod yer melainkan tangan anda tu besi la tak goyang. Kemudian aim kepada subject, zoom out abis2 kasi wide tak ingat.
  2. Dan tekan separuh sehingga dia focus (akan ader bunyi ‘beep’). Selepas itu tekan sepenunhya dan lepas shutter. Kemudian anda akan dengar bunyi timer tadi yang kita set selama sepuluh saat. Biarkan kamera anda jangan pegang lagi.
  3. Selepas sepuluh saat timer tadi kamera anda akan mula mengambil gambar secara Automatic 3 kali. Kalau ambik gambar sunset ke sunrise ker mungkin dia akan ambik masa lama nak snap abiskan 3 gambar tu, oleh hidukan rokok anda dan lepak. – Amaran Rokok Membahakan Kesihatan. Jaga asap jangan lalu depan lense ahahhaha. Di bawah adalah contoh 3 gambar yang di snap cara Auto bracketing.

1 comment:

  1. I'll refer back to this tuto once I bought a DSLR :P
    which may never seems to happen.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...